← Back to list
Buat aduan di platform rasmi - KPDN
Jun 28, 2024
Orang ramai digesa buat aduan di platform rasmi berkaitan isu harga, pengguna dan peniaga, bukan hanya sebar dan kecam di media sosial.
Menurut Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, ia bagi membolehkan pihaknya ambil tindakan segera dan sesuai.
Jelasnya lagi, penyiaran di media sosial tanpa aduan rasmi beri lebih banyak masa kepada pelaku untuk sembunyi salah laku mereka.
---
Kes buli di sebuah sekolah di Kerian, Perak yang tular di media sosial baru-baru ini libat beberapa murid perempuan sudah selesai.
Ini selepas kedua-dua pihak mencapai kata sepakat dan mangsa diberitakan telah tarik semula laporan polis yang dibuat.
---
Sementara itu, 6,300 guru pilih bersara awal dalam tempoh 3 tahun lalu, lebih 72 peratus daripadanya berpunca daripada hilang minat dan beban tugas yang banyak.
Susulan itu, KPM ambil pelbagai mekanisme bagi tingkatkan semangat guru untuk terus berkhidmat mendidik anak bangsa sebelum bersara wajib.
---
4 Mahkamah Majistret mengeluarkan waran tangkap terhadap bekas personaliti TV, Norjuma kerana gagal hadir prosiding sebutan kes mencederakan 3 individu dan melakukan khianat.
---
Dan, Indonesia sedang siasat dakwaan lebih 1,000 anggota Dewan Perwakilan Rakyat dan daerah di negara itu terlibat aktiviti judi dalam talian.
Dapatkan berita dan acara setempat dan antarabangsa! Ketahui juga berita hiburan dan gosip terbaru serta jangan ketinggalan mengetahui skor semasa sukan kegemaran anda!
Pastikan anda mendengar Buletin PETRONAS di ERA pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Jumaat
7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm
Sabtu - Ahad
9:00am, 11:00am, 1:00pm
Cuaca