← Back to list
DBKL tebang 173 pokok berisiko tinggi di Kuala Lumpur - Dr Zaliha
Jun 27, 2024
Hampir 1,500 pokok berusia di ibu negara diperiksa setakat ini sejak 2019.
Menteri Wilayah Persekutuan, Dr Zaliha Mustafa berkata kira-kira 170 pokok telah ditebang kerana berisiko mendatangkan bahaya kepada orang awam.
Tambah beliau, 65 surat pemberitahuan berkaitan pokok berisiko di kawasan persendirian telah diserahkan setakat bulan lalu.
Beliau berkata demikian susulan hujan lebat di sekitar ibu kota baru-baru ini, menyebabkan beberapa kes pokok runtuh yang turut meragut nyawa.
__
Polis minta orang ramai supaya tidak sertai satu demo khas di Putrajaya Sabtu ini kerana ia tidak mendapat kebenaran pemilik di tempat berhimpun.
Malah lokasi itu juga amat tidak sesuai untuk diadakan sebarang acara atau pun perhimpunan.
Polis KL juga turut menerima 85 laporan berkaitan demo itu dan kertas siasatan telah dibuka.
__
Remaja 13 tahun yang tular membakar anak kucing hidup-hidup beru-baru ini, dikenakan bon berkelakuan baik selama setahun.
Dia juga wajib menjalani Bengkel Interaktif yang dianjurkan JKM dan sekatan keluar rumah bermula jam 10 malam hingga 6 pagi dalam tempoh setahun.
Dapatkan berita dan acara setempat dan antarabangsa! Ketahui juga berita hiburan dan gosip terbaru serta jangan ketinggalan mengetahui skor semasa sukan kegemaran anda!
Pastikan anda mendengar Buletin PETRONAS di ERA pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Jumaat
7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm
Sabtu - Ahad
9:00am, 11:00am, 1:00pm
Cuaca