← Back to list
Tiada SPM Boleh Mohon Jadi Pengajar Institut Memandu
Jun 26, 2024
Kira-kira 700,000 bakal pemandu mendaftarkan diri di 255 institut memandu di seluruh negara.
Namun menurut Kementerian Pengangkutan, jumlah tenaga pengajar dan pekerja institut itu pula hanya sekitar 15,000 orang.
Justeru JPJ akan benarkan pemohon yang tiada SPM ikuti kursus bermula 1 Julai ini untuk jadi pengajar bertauliah bagi atasi isu kekurangan pengajar dan petugas institut memandu.
---
Kementerian Pendidikan sudah selesai siasat kes buli melibatkan beberapa murid di sebuah sekolah di Kerian, Perak.
Ujar Menteri Pendidikan, Fadlina Sidek, kes berkenaan kini diserahkan kepada pihak berkuasa untuk tindakan selanjutnya.
Baru-baru ini tular video papar kejadian buli melibatkan beberapa murid perempuan dari sebuah sekolah menengah di Kerian.
---
Kementerian Sumber Manusia memaklumkan pelaksanaan menyeluruh Dasar Gaji Progresif dijangka bermula Oktober depan.
Projek rintisnya pula akan bermula bulan ini hingga Ogos namun majikan sudah boleh daftar melalui laman sesawang ‘www.gajiprogresif.gov.my’
RM50 juta disediakan sebagai dana permulaan termasuk bayaran insentif kepada 1,000 majikan dan ia juga akan beri manfaat kepada 20,000 pekerja.
Dapatkan berita dan acara setempat dan antarabangsa! Ketahui juga berita hiburan dan gosip terbaru serta jangan ketinggalan mengetahui skor semasa sukan kegemaran anda!
Pastikan anda mendengar Buletin PETRONAS di ERA pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Jumaat
7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm
Sabtu - Ahad
9:00am, 11:00am, 1:00pm
Cuaca