← Back to list
Lesan Institut Memandu Batal Kalau Terlibat Lesen Terbang
Jun 24, 2024
Kesatuan Kebangsaan Pekerja-pekerja Bank Malaysia gesa bank bertanggungjawab pulangkan wang pendeposit mereka yang hilang atau lesap.
Katanya kepada Berita Harian, pihak bank tidak boleh 'lepas tangan' dan beri alasan tidak munasabah jika kes dikenal pasti berpunca daripada institusi kewangan terbabit.
Baru-baru ini negara digemparkan dengan kes wang lebih 24 juta ringgit lesap daripada sejumlah akaun simpanan.
Ia menyaksikan 14 individu ditahan termasuk sejumlah kakitangan bank.
---
Lesen Institut Memandu akan dibatalkan serta-merta jika terlibat sindiket lesen terbang atau lesen 'kopi O’.
Tegas Kementerian Pengangkutan, kegiatan rasuah dalam industri pengujian pemanduan perlu dihapuskan kerana membahayakan nyawa pengguna jalan raya terutama golongan muda.
Rakyat juga diminta tidak mudah terpedaya dengan tawaran lesen terbang termasuk menerusi iklan di media sosial.
---
3 lelaki cedera dan sedang dirawat di hospital selepas diserang sekumpulan 20 lelaki bersenjatakan parang dan kayu di Tanjung Rambutan.
Polis Perak berkata kejadian berpunca daripada perebutan kawasan pengedaran dadah.
Jelasnya tangkapan telah dibuat ke atas 3 suspek bagi membantu siasatan dan pihaknya sedang mengesan suspek lain yang masih bebas.
Dapatkan berita dan acara setempat dan antarabangsa! Ketahui juga berita hiburan dan gosip terbaru serta jangan ketinggalan mengetahui skor semasa sukan kegemaran anda!
Pastikan anda mendengar Buletin PETRONAS di ERA pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Jumaat
7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm
Sabtu - Ahad
9:00am, 11:00am, 1:00pm
Cuaca