← Back to list
Perdana Menteri pertahankan langkah rasionalisasi subsidi diesel
Jun 18, 2024
Perdana Menteri pertahankan langkah rasionalisasi subsidi diesel.
Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata ia bagi mengelakkan ketirisan dan penyalahgunaan oleh pihak asing.
Sementara itu, Datuk Seri Anwar menggesa individu yang mengalami sebarang masalah dengan subsidi diesel supaya memberi maklum balas kepada kerajaan.
Beliau berkata maklumbalas yang diterima dapat membantu kerajaan untuk membuat penambaikan sistem tersebut.
__
Polis sudah ambil keterangan 7 saksi berhubung kejadian rompakan di sebuah kedai emas di Kajang yang viral baru-baru ini.
Kejadian itu dipercayai mengakibatkan kerugian lebih 3 juta ringgit.
__
Polis Gombak sudah ambil keterangan 15 individu bagi bantu siasatan kes keracunan makanan yang meragut 2 nyawa, awal bulan ini.
Mereka termasuk ahli keluarga mangsa dan pengusaha katering yang menyediakan dan mengagihkan makanan dalam satu program sekolah.
Dapatkan berita dan acara setempat dan antarabangsa! Ketahui juga berita hiburan dan gosip terbaru serta jangan ketinggalan mengetahui skor semasa sukan kegemaran anda!
Pastikan anda mendengar Buletin PETRONAS di ERA pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Jumaat
7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm
Sabtu - Ahad
9:00am, 11:00am, 1:00pm
Cuaca