← Back to list
PM salur sumbangan RM40,000 waris mangsa kemalangan bas rombongan guru
Jun 10, 2024
Perdana Menteri sampaikan sumbangan RM40,000 kepada waris keluarga meninggal dunia terlibat dalam kemalangan di Jalan Kuantan-Segamat, Ahad lalu.
Ia sebagai tanda keprihatinan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan kerajaan kepada keluarga yang berdepan ujian sangat berat.
Beliau turut ucapkan terima kasih kepada semua pasukan penyelamat serta sukarelawan yang turut membantu mangsa kemalangan terbabit.
Ahad lalu, bas persiaran membawa rombongan guru sebuah sekolah di Melaka dalam perjalanan ke Terengganu terbabit kemalangan dengan sebuah treler mengakibatkan 4 terbunuh.
__
Ibu kepada Zayn Rayyan di bawa kembali ke kediaman mereka di Damansara Damai bagi bantu siasatan.
Ia dipercayai untuk melakonkan semula situasi kejadian semasa kehilangan Zayn sehinggalah mayatnya ditemui Disember lalu.
Jumaat lalu, polis menyambung reman ibu bapa Rayyan bagi bolehkan siasatan lanjut diteruskan terhadap kedua-dua mereka.
__
Perdana Menteri pertahankan langkah kerajaan melaksanakan penyasaran subsidi.
Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata beliau sedar langkah itu tidak popular, namun ia penting untuk menyelamatkan negara.
Hari ini, seramai 30 ribu pemilik kenderaan diesel menerima RM200 bantuan tunai bulanan Budi Madani yang pertama.
Dapatkan berita dan acara setempat dan antarabangsa! Ketahui juga berita hiburan dan gosip terbaru serta jangan ketinggalan mengetahui skor semasa sukan kegemaran anda!
Pastikan anda mendengar Buletin PETRONAS di ERA pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Jumaat
7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm
Sabtu - Ahad
9:00am, 11:00am, 1:00pm
Cuaca