← Back to list
Permohonan Budi Madani Tiada Tarikh Tutup
Jun 10, 2024
Permohonan bantuan subsidi tunai RM200 sebulan di bawah inisiatif Budi Madani tiada tarikh tutup.
Justeru Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan gesa individu berkelayakan memohon untuk mendapat manfaat.
Bermula hari ini juga 30,000 pemilik kenderaan diesel akan terima bantuan tunai bulanan Budi Madani yang pertama .
Pada masa sama kerajaan yakin harga barangan pengguna tidak akan naik susulan penyasaran semula subsidi diesel yang bermula hari ini.
Ujar Datuk Seri Amir Hamzah, ia memandangkan sektor logistik, termasuk bas dan teksi akan terus menikmati subsidi.
---
SPRM tidak tolak kemungkinan penglibatan pegawai lebih tinggi dalam kes rasuah lebih sejuta ringgit dalam urusan pendaftaran perkahwinan pasangan bernikah di Thailand.
Sehubungan itu, akaun bank 3 suspek, termasuk pegawai kanan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Perlis akan dibekukan bagi bantu siasatan.
Dapatkan berita dan acara setempat dan antarabangsa! Ketahui juga berita hiburan dan gosip terbaru serta jangan ketinggalan mengetahui skor semasa sukan kegemaran anda!
Pastikan anda mendengar Buletin PETRONAS di ERA pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Jumaat
7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm
Sabtu - Ahad
9:00am, 11:00am, 1:00pm
Cuaca