← Back to list
Kerajaan Sedia Pertimbang Haramkan Vape
Jun 09, 2024
Kerajaan sedia pertimbang mengharamkan penggunaan dan penjualan rokok elektronik atau vape seperti mana dilakukan beberapa negara lain.
Namun buat masa ini ujar Menteri Kesihatan, KKM ambil langkah mengawal selia produk tersebut terlebih dahulu di bawah Akta Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam.
Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata berkata demikian bagi mengulas tindakan kerajaan Hong Kong mengumumkan pengharaman sepenuhnya vape.
---
Kerajaan setuju beri peruntukan tambahan RM200 juta untuk perkasa bidang Pendidikan dan Latihan TVET.
Ujar Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, peruntukan bakal disalur menerusi Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran.
Beliau turut memaklumkan, kerajaan setuju buka lebih banyak segmentasi TVET kepada OKU dan penduduk luar bandar khususnya orang asal di Sabah serta Sarawak.
---
2 dilapor maut manakala 37 cedera dalam kemalangan bas dengan treler di Rompin, Pahang awal pagi tadi.
Difahamkan bas berkenaan membawa rombongan sekolah dari Melaka ke Terengganu.
Dapatkan berita dan acara setempat dan antarabangsa! Ketahui juga berita hiburan dan gosip terbaru serta jangan ketinggalan mengetahui skor semasa sukan kegemaran anda!
Pastikan anda mendengar Buletin PETRONAS di ERA pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Jumaat
7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm
Sabtu - Ahad
9:00am, 11:00am, 1:00pm
Cuaca