← Back to list
TVET perlu menjadi pilihan utama lepasan SPM
Jun 08, 2024
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi sarankan TVET perlu menjadi pilihan utama lepasan SPM.
Saranan ini seiring usaha kerajaan untuk lahirkan lebih banyak tenaga kerja mahir.
Tambah beliau, Ibu bapa perlu main peranan untuk galakkan anak-anak ikuti pengajian TVET yang beri peluang pekerjaan dan gaji lumayan.
.....
Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia mulakan siasatan berhubung kelewatan pembayaran gaji kepada kakitangan sebuah universiti swasta selepas terima beberapa aduan.
Sebelum ini, semua kakitangan sebuah universiti swasta terkemuka dakwa tidak dibayar gaji sejak tiga bulan lalu dan minta campur tangan kerajaan.
.....
Kementerian Kewangan berkata sebanyak 80 peratus pengguna diesel akan terima bantuan tunai RM200 sebulan di bawah program BUDI MADANI.
.....
KPM luluskan peruntukan kira-kira 160 juta ringgit untuk tujuh projek pembangunan pendidikan di Labuan, Sabah.
.....
Sementara itu, kerajaan Johor sediakan biasiswa berjumlah 5 juta ringgit kepada lepasan SPM yang ingin melanjutkan pengajian di luar negara.
.....
7 individu ditahan disyaki terlibat sindiket penipuan kerja di sebuah pangsapuri di Kota Laksamana, Melaka.
.....
Dan polis tahan seorang wanita selepas disyaki terbabit aktiviti tidak bermoral di media sosial untuk raih pendapatan di KL.
Dapatkan berita dan acara setempat dan antarabangsa! Ketahui juga berita hiburan dan gosip terbaru serta jangan ketinggalan mengetahui skor semasa sukan kegemaran anda!
Pastikan anda mendengar Buletin PETRONAS di ERA pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Jumaat
7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm
Sabtu - Ahad
9:00am, 11:00am, 1:00pm
Cuaca