← Back to list
BUDI MADANI: Lebih 30,000 pemohon terima bantuan tunai RM200 Isnin ini
Jun 06, 2024
Lebih 30,000 individu yang layak akan menerima bantuan subsidi tunai BUDI MADANI berjumlah RM200 Isnin depan.
Kementerian Kewangan berkata kesemua permohonon itu diluluskan melalui tiga bahagian dan wang subsidi berkenaan akan dikreditkan ke akaun penerima.
Jika penerima tidak memiliki akaun bank mereka boleh menuntut BUDI MADANI secara tunai dengan bawa MyKad di mana-mana cawangan BSN di seluruh Semenanjung Malaysia.
__
Tarikh pelaksanaan penyasaran subsidi diesel telah ditetapkan, dan akan diumumkan dalam masa terdekat.
Kementerian Ekonomi berkata pengumuman itu tidak boleh dibuat terlalu awal bagi mengelakkan ketirisan.
Selain itu, pengumuman awal juga akan mengakibatkan pembekal menyimpan stok dan berlaku penyeludupan.
Program rasionalisasi subsidi diesel dan petrol masih di landasan betul seiring dengan sasaran garis masa yang ditetapkan.
__
SPR umumkan PRK DUN Sungai Bakap akan diadakan pada 6 Julai depan.
Penamaan calon dijadualkan pada 22 Jun manakala pengundian awal pula akan diadakan pada 2 Julai.
__
Pengarah, Syafiq Yusof tidak salahkan penonton Indonesia, selepas filemnya kurang mendapat sambutan di negara itu.
Menurutnya, rakyat Indonesia berhak untuk memilih filem yang mereka gemari malah akui filem arahannya masih jauh ketinggalan berbanding filem aksi negara itu.
Dapatkan berita dan acara setempat dan antarabangsa! Ketahui juga berita hiburan dan gosip terbaru serta jangan ketinggalan mengetahui skor semasa sukan kegemaran anda!
Pastikan anda mendengar Buletin PETRONAS di ERA pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Jumaat
7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm
Sabtu - Ahad
9:00am, 11:00am, 1:00pm
Cuaca