← Back to list
Permohonan e-baucar Buku Fasa Pertama Ditutup Sementara
Jun 02, 2024
Permohonan e-baucar buku bagi fasa pertama telah ditutup sementara bagi mengemas kini maklumat sedia ada.
Kementerian Pendidikan Tinggi berkata, penyaluran seterusnya akan dibuat pada fasa yang akan diumumkan kelak.
Sejumlah 50,000 e-baucar buku berjaya ditebus selepas 8 jam permohonan dibuka sehingga jam 6 petang semalam.
-----
Orang ramai diminta memberi ruang kepada pihak berkuasa untuk siasat kes pemandu e-hailing OKU didakwa dipukul pengawal peribadi seorang kenamaan.
Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata, Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain juga telah memberi jaminan bahawa siasatan akan dilakukan.
Beliau juga mengingatkan warganet untuk berhati-hati dan tidak menyentuh isu 3R di media sosial, bertujuan untuk tidak mengeruhkan lagi keadaan.
-----
Insiden air Sungai Kandis yang bertukar biru semalam dipercayai berpunca daripada pembuangan bahan berwarna oleh pihak tidak bertanggungjawab secara one-off.
Jabatan Alam Sekitar Selangor berkata, siasatan mendapati modus operandi adalah pelaku dipercayai membuang bahan terbabit pada waktu malam atau awal pagi.
Lembaga Urus Air Selangor pula memaklumkan, sampel terbabit sudah dihantar ke Jabatan Kimia Malaysia untuk analisis lanjut bagi tindakan penguatkuasaan.
Dapatkan berita dan acara setempat dan antarabangsa! Ketahui juga berita hiburan dan gosip terbaru serta jangan ketinggalan mengetahui skor semasa sukan kegemaran anda!
Pastikan anda mendengar Buletin PETRONAS di ERA pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Jumaat
7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm
Sabtu - Ahad
9:00am, 11:00am, 1:00pm
Cuaca