← Back to list
KPM ambil tindakan kes murid diserang strok haba
May 31, 2024
Tindakan bakal diambil terhadap pihak bertanggungjawab dalam kes murid tahun 5 diserang strok haba, selepas dipaksa oleh guru berdiri di bawah sinaran matahari.
Tegas Kementerian Pendidikan, pihaknya tidak akan berkompromi dengan sebarang salah laku jika menjejaskan keselamatan pelajar, guru dan warga sekolah.
Justeru, pihak sekolah dinasihatkan supaya sentiasa mematuhi garis panduan pengurusan pelajar seperti yang ditetapkan.
Terdahulu, ibu kanak-kanak itu mendakwa pihak hospital sudah mengeluarkan surat rujukan untuk anaknya dinilai sebagai orang kurang upaya akibat masalah kesihatan yang dialami.
__
Baucar buku 100 ringgit bakal memberi manfaat kepada 1.2 juta pelajar IPT seluruh negara.
Kementerian Pengajian Tinggi berkata baucar diberikan secara berperingkat mulai petang ini.
Semalam, Perdana Menteri mengumumkan pemberian baucar tersebut yang turut memberi manfaat kepada pelajar sekolah dan IPG.
__
Persatuan Pengguna Pulau Pinang berkata mengharamkan penjualan vape atau rokok elektronik TIDAK mampu menyelamatkan generasi masa depan negara.
Sebaliknya, menurut CAP, ia hanya dapat dilakukan dengan penggubalan Rang Undang-undang Generasi Penamat Rokok (GEG).
GEG katanya penting bagi mengelakkan lebih ramai kanak-kanak dan belia terjebak serta ketagihan nikotin.
__
Dan, 3 pekerja warga asing cedera selepas satu papan iklan elekronik terbakar di Lebuhraya Persekutuan.
Dapatkan berita dan acara setempat dan antarabangsa! Ketahui juga berita hiburan dan gosip terbaru serta jangan ketinggalan mengetahui skor semasa sukan kegemaran anda!
Pastikan anda mendengar Buletin PETRONAS di ERA pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Jumaat
7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm
Sabtu - Ahad
9:00am, 11:00am, 1:00pm
Cuaca