← Back to list
Tiada Lagi Miskin Tegar di Pahang
May 30, 2024
Menteri Besar Pahang mengumumkan negeri itu telah berjaya menoktahkan kemiskinan tegar selari dengan aspirasi kerajaan.
Ini selepas hampir 2,000 ketua isu rumah dalam golongan miskin tegar di negeri itu berjaya melonjakkan pendapatan, sekali gus keluar daripada kategori tersebut.
Bagaimanapun jelas Dato' Sri Wan Rosdy Wan Ismail kemiskinan tegar sangat subjektif dan ia boleh berubah pada masa akan datang, justeru akan terus melakukan pemantauan.
---
Jumlah perkahwinan bawah umur di negara ini menunjukkan trend penurunan bagi tempoh 2019 hingga 2022.
Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat memberitahu, dalam tempoh itu jumlah perkahwinan individu bawah usia 18 tahun turun hampir 30 peratus.
Menurutnya, ia susulan pelbagai usaha dilakukan termasuk mewajibkan pendidikan sehingga tamat sekolah menengah.
---
Jurucakap kerajaan, Fahmi Fadzil memaklumkan, pindaan undang-undang mungkin dilakukan berkaitan Program Latihan Ijazah Kepakaran.
Ia susulan Persatuan Perubatan Malaysia (MMA( minta pegawai perubatan bukan Bumiputera dibenarkan mendapatkan latihan khusus di UiTM sama seperti siswa antarabangsa.
Dapatkan berita dan acara setempat dan antarabangsa! Ketahui juga berita hiburan dan gosip terbaru serta jangan ketinggalan mengetahui skor semasa sukan kegemaran anda!
Pastikan anda mendengar Buletin PETRONAS di ERA pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Jumaat
7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm
Sabtu - Ahad
9:00am, 11:00am, 1:00pm
Cuaca