← Back to list
Tiada rakyat Malaysia terlibat dengan insiden tanah runtuh di Papua New Guinea
May 25, 2024
Lebih 100 buah rumah tertimbus dalam insiden tanah runtuh di Papua New Guinea.
Wisma Putra berkata tiada rakyat Malaysia terlibat dengan insiden terbabit.
Sementara itu, kerajaan Malaysia sedia hulur bantuan kemanusiaan kepada mangsa yang terlibat.
......
Dalam perkembangan lain, Malaysia dijangka terima sistem pengurusan bencana lebih sistematik sebagai persediaan hadapi sebarang kemungkinan.
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, berkata sistem pengurusan bencana dengan teknologi terkini mampu beri hasil dalam tempoh singkat.
.....
PDRM nafi dakwaan pihaknya keluarkan kenyataan berhubung jenis kenderaan yang dinaiki Faisal Halim ketika serangan asid awal bulan ini.
Sementara itu, pihaknya berkata poster pengambilan jawatan konstabel PDRM yang tular di media sosial baru-baru ini, adalah palsu.
.....
Kerajaan Pulau Pinang berkata kekosongan kerusi DUN Sungai Bakap berikutan kematian penyandangnya akan dimaklumkan kepada SPR hari ini.
.....
Dan akhir sekali, saluran Malaysia4Palestine kerjasama Astro dan RTM akan mula disiarkan selama 24 jam pada 12 tengah hari, hari ini hingga 12 tengah hari, Ahad.
Saksikan saluran sementara Malaysia4Palestine di Astro saluran 111, Astro Go, Sooka dan RTM melalui Klik.
Dapatkan berita dan acara setempat dan antarabangsa! Ketahui juga berita hiburan dan gosip terbaru serta jangan ketinggalan mengetahui skor semasa sukan kegemaran anda!
Pastikan anda mendengar Buletin PETRONAS di ERA pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Jumaat
7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm
Sabtu - Ahad
9:00am, 11:00am, 1:00pm
Cuaca