← Back to list
Belum Ada Tarikh Mula Subsidi Diesel Bersasar
May 24, 2024
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup memaklumkan, kerajaan belum tetapkan tarikh bermulanya subsidi diesel bersasar.
KPDN menjelaskan, mereka masih memperkemaskan mekanisme itu walaupun pada dasarnya ia telah dipersetujui untuk dimulakan tahun ini.
Kementerian juga memaklumkan, 28,000 syarikat pengangkutan darat telah daftar dalam Sistem Kawalan Diesel Bersubsidi 2.0 dan dapat kelulusan KPDN.
Susulan itu 90,000 ‘fleet card’ sudah dikeluarkan kepada syarikat-syarikat pengangkutan yang layak oleh 5 syarikat minyak utama.
---
Calon-calon SPM 2023 boleh semak keputusan melalui SMS dan secara dalam talian pada Isnin depan.
Menurut Kementerian Pendidikan, semakan melalui SMS boleh dibuat dengan menaip ‘SPM NoKP AngkaGiliran’ dan hantar kepada 15888.
Keputusan juga boleh disemak di pautan ‘myresultspm.moe.gov.my’ bermula 10 pagi hari sama.
Calon yang tiada capaian internet pula boleh hadir ke sekolah, PPD atau Jabatan Pendidikan Negeri.
Sementara itu, KPM sentiasa cari jalan untuk beri motivasi dan intervensi bagi atasi masalah keciciran murid.
Ia termasuk memastikan lepasan SPM terus berminat meneruskan pengajian ke peringkat lebih tinggi.
Dapatkan berita dan acara setempat dan antarabangsa! Ketahui juga berita hiburan dan gosip terbaru serta jangan ketinggalan mengetahui skor semasa sukan kegemaran anda!
Pastikan anda mendengar Buletin PETRONAS di ERA pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Jumaat
7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm
Sabtu - Ahad
9:00am, 11:00am, 1:00pm
Cuaca