← Back to list
CCTV serangan asid Faisal Halim adalah benar - Polis
May 23, 2024
Rakaman CCTV viral yang memaparkan serangan asid ke atas pemain Selangor FC, Faisal Halim FC adalah sahih.
Ketua Polis Selangor berkata pihaknya akan buru individu yang menyebarkan video tersebut, kerana ia adalah bukti penting yang tidak sepatutnya didedahkan kepada umum.
Beliau juga menggesa orang ramai untuk berhenti berkongsi rakaman supaya tidak mengganggu siasatan dan menjaga sensitiviti Faisal dan keluarganya.
__
Sementara itu, polis giat buru suspek pecah masuk rumah pemain Selangor FC, Ahmad Khuzaimi Piee, ketika dia jalani latihan bersama pasukan itu.
Suspek melarikan barangan berharga, passport serta sebuah motosikal dengan menggunakan MPV berwarna putih.
__
Suspek serangan Balai Polis Ulu Tiram baru-baru ini bertindak secara bersendirian.
Menteri Dalam Negeri berkata serangan itu tiada kaitan dengan satu lagi serangan di balai polis Pulau Pinang, serta cubaan pencerobohan di Istana Negara.
Dalam pada itu, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata dua individu yang membuat laporan ketika kejadian telah dibebaskan daripada tahanan.
__
Filem terbaru terbitan Astro Shaw, The Experts lakonan Datuk Aaron Aziz, Syafiq Kyle dan Mimi Lana raih 1 juta ringgit kutipan pada tayangan awal.
Dapatkan berita dan acara setempat dan antarabangsa! Ketahui juga berita hiburan dan gosip terbaru serta jangan ketinggalan mengetahui skor semasa sukan kegemaran anda!
Pastikan anda mendengar Buletin PETRONAS di ERA pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Jumaat
7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm
Sabtu - Ahad
9:00am, 11:00am, 1:00pm
Cuaca