← Back to list
Boleh Kritik Kerajaan Tapi Perlu Ada Had
May 21, 2024
Boleh kritik kerajaan namun perlu ada had terutamanya dalam isu 3R.
Itu respon Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam satu temu bual bersama Al Jazeera.
Jelas beliau, dalam melaksanakan kebebasan media, tindakan yang boleh cetuskan rusuhan atau bahayakan keselamatan awam tidak wajar dibenarkan.
Malaysia kini berada pada kedudukan ke-107 dalam Indeks Kebebasan Media Dunia, jatuh 34 anak tangga dalam tempoh setahun.
---
Timbalan Perdana Menteri memaklumkan kerajaan jamin tiada sesiapa pun akan dipinggirkan daripada menyertai program TVET.
Ujar Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, semua rakyat termasuk yang tiada sijil akademik seperti SPM tetap akan diberi peluang untuk menyertai program TVET.
Jelas beliau, ia adalah sebahagian daripada usaha kerajaan untuk memenuhi permintaan industri dan kebajikan rakyat.
---
2 lelaki dihukum penjara 2 bulan oleh Mahkamah Majistret KL kerana cuba ceroboh masuk Istana Negara, 4 hari lalu.
Pemeriksaan polis ke atas bonet kenderaan tertuduh turut menjumpai sebilah parang.
Dapatkan berita dan acara setempat dan antarabangsa! Ketahui juga berita hiburan dan gosip terbaru serta jangan ketinggalan mengetahui skor semasa sukan kegemaran anda!
Pastikan anda mendengar Buletin PETRONAS di ERA pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Jumaat
7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm
Sabtu - Ahad
9:00am, 11:00am, 1:00pm
Cuaca