← Back to list
Insiden serangan di Balai Polis Ulu Tiram, Johor
May 17, 2024
Dua anggota polis disahkan maut manakala seorang cedera dalam insiden serangan di Balai Polis Ulu Tiram, Johor awal pagi tadi.
Ketua Polis Johor berkata insiden itu melibatkan suspek bertopeng yang bersenjatakan parang.
Suspek mencederakan 2 anggota polis sebelum merampas pistol mereka dan melepaskan tembakan dalam serangan awal pagi tadi.
Bagaimanapun suspek turut dilaporkan mati ditembak di lokasi kejadian.
Polis merampas sepucuk pistol dan selaras senapang daripada suspek.
.....
Portal Jabatan Kebajikan Masyarakat berkata sebanyak 182 mangsa banjir dipindahkan ke 7 Pusat Pemindahan Sementara di sekitar Perak.
Sementara itu, 73 mangsa telah dipindahkan ke pusat pemindahan banjir di Membakut, Sabah
Manakala di Kedah, 2 pusat pemindahan sementara diaktifkan untuk menempatkan hampir 100 mangsa di Kulim dan Bandar Baharu.
.....
Bilangan individu yang alami kemurungan meningkat dua kali ganda dalam tempoh lima tahun kebelakangan ini.
Menurut Kajian Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan, satu juta rakyat Malaysia yang berumur 15 tahun ke atas mengalami kemurungan.
....
Kerajaan akan pastikan kawasan berkepadatan rendah, luar bandar dan pedalaman punyai liputan Internet untuk memudahkan pelajar jalani sesi pembelajaran dalam talian.
.....
KKM arahkan agar doktor pelatih ditempatkan di hospital daerah di seluruh negara yang memerlukan dengan kadar segera.
.....
Dan kira-kira 5800 jemaah haji telah selamat tiba di Tanah Suci Mekah dan Madinah untuk tunaikan ibadah haji tahun ini.
Dapatkan berita dan acara setempat dan antarabangsa! Ketahui juga berita hiburan dan gosip terbaru serta jangan ketinggalan mengetahui skor semasa sukan kegemaran anda!
Pastikan anda mendengar Buletin PETRONAS di ERA pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Jumaat
7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm
Sabtu - Ahad
9:00am, 11:00am, 1:00pm
Cuaca