← Back to list
Isu vaksin AstraZeneca akan dijelaskan pada minggu ini
May 13, 2024
Isu vaksin AstraZeneca akan dijelaskan selewat-lewatnya minggu ini.
KKM akan buat pengumuman rasmi berhubung perkara tersebut memandangkan ianya isu penting kepada orang ramai.
Sebelum ini, AstraZeneca umumkan ada kes penerima vaksinnya yang alami kesan sampingan dan telah menarik balik vaksin tersebut daripada pasaran global.
.....
DPL, KKM berikrar untuk selesaikan masalah yang dihadapi golongan jururawat dalam negara termasuk isu gaji dan kebajikan namun perlu sedikit masa untuk selesaikan isu tersebut sebaiknya.
.....
Sementara itu, KKM juga berkata kira-kira 400 klinik awam dan kemudahan penjagaan kesihatan sedang dinaik taraf di seluruh negara dengan nilai anggaran kira-kira 150 juta ringgit.
.....
Lima kawasan di Pahang, Johor dan Sabah berada di bawah amaran cuaca panas tahap 1 atau berjaga-jaga dengan jangkaan suhu harian sehingga 37 darjah Celsius.
.....
Bomba berjaya selamatkan lima remaja dan seorang kanak-kanak lelaki yang terperangkap di atas batu ekoran insiden kepala air di Nilai, Negeri Sembilan.
.....
Seorang pelajar lelaki cedera selepas tergelincir dari tingkat lima ketika cuba panjat tembok untuk memasuki rumahnya yang berkunci di Putrajaya.
.....
Dan Ahli KWSP perlu pengesahan identiti jika mahu keluarkan wang melebihi RM250 daripada Akaun Fleksibel.
Dapatkan berita dan acara setempat dan antarabangsa! Ketahui juga berita hiburan dan gosip terbaru serta jangan ketinggalan mengetahui skor semasa sukan kegemaran anda!
Pastikan anda mendengar Buletin PETRONAS di ERA pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Jumaat
7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm
Sabtu - Ahad
9:00am, 11:00am, 1:00pm
Cuaca