← Back to list
Kementerian Komunikasi Nafi Mesej Tular
May 12, 2024
Laporan dan mesej tular di WhatsApp mendakwa Malaysia telah dikenakan sekatan oleh Amerika Syarikat adalah palsu.
Kementerian Komunikasi memaklumkan, ia disahkan palsu oleh kedutaan AS....dan Reuters juga nafi pihaknya ada siar artikel mengenainya.
---
Calon Pakatan Harapan daripada DAP, Pang Sock Tao menang PRK DUN Kuala Kubu Bharu.
Jumlah yang keluar mengundi pula adalah 61 peratus berbanding saasran SPR, 75 peratus.
---
Hampir 40 motosikal rentung dan 6 rumah terjejas ekoran kebakaran aras bawah sebuah blok asrama Universiti Malaysia Perlis.
Susulan itu, Kementerian Pengajian Tinggi salur bantuan segera kepada siswa termasuk penematan sementara.
---
3 kawasan di Sabah iaitu Beluran, Kinabatangan dan Kota Merudu juga Raub di Pahang catat cuaca panas tahap 1 iaitu berjaga-jaga.
Ia bermaksud suhu maksimum harian berada pada 35 hingga 37 darjah celcius sekurang-kurangnya 3 hari berturut-turut.
Dapatkan berita dan acara setempat dan antarabangsa! Ketahui juga berita hiburan dan gosip terbaru serta jangan ketinggalan mengetahui skor semasa sukan kegemaran anda!
Pastikan anda mendengar Buletin PETRONAS di ERA pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Jumaat
7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm
Sabtu - Ahad
9:00am, 11:00am, 1:00pm
Cuaca