← Back to list
Terima Kasih Ibu
May 10, 2024
Golongan ibu sinonim dengan sifat toleransi yang tinggi dan memahami.
Justeru seorang ibu akan sentiasa berusaha memahami kehendak keluarga hingga sering kali ketepikan perasaan dan keinginan sendiri.
Beliau juga tegaskan tidak wajar anak-anak menjadikan kesibukan kerjaya dan urusan kehidupan sebagai alasan kurang berhubung dan berkomunikasi dengan ibu.
Menurut Hj Hushim lagi, kunci utama hubungan kekeluargaan yang harmoni dan cemerlang adalah komunikasi yang baik.
Jelas beliau, kata-kata yang baik termasuk pujian ikhlas dan juga hadiah bagi yang berkemampuan boleh dipraktikkan menjelang Hari Ibu yang disambut Ahad ini.
Tahun ini, Terima Kasih Ibu dipilih sebagai tema sambutan Hari Ibu peringkat kebangsaan.
.....
Sementara itu, undian di Instagram Astro Radio News setakat ini mendapati paling ramai responden pilih jambangan bunga, kek atau minyak wangi juga pakaian, kasut atau beg tangan sebagai hadiah hari ibu.
Sebahagiannya lagi pilih hadiah percutian, umrah atau haji dan selebihnya berhasrat menghadiahkan barang kemas atau jam tangan untuk wanita bergelar ibu.
Dapatkan berita dan acara setempat dan antarabangsa! Ketahui juga berita hiburan dan gosip terbaru serta jangan ketinggalan mengetahui skor semasa sukan kegemaran anda!
Pastikan anda mendengar Buletin PETRONAS di ERA pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Jumaat
7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm
Sabtu - Ahad
9:00am, 11:00am, 1:00pm
Cuaca