← Back to list
Kanser Testis: Amalkan pemakanan seimbang dan sihat
Apr 26, 2024
Pemakanan yang sihat dan seimbang terbukti berkesan untuk kurangkan risiko kanser testis.
Pakar Kesihatan Lelaki, Dr. Ahmad Samhan Awang berkata kajian menunjukkan likopena dalam tomato antara makanan yang dapat melindungi kaum lelaki daripada penyakit itu.
Tambah Pengasas HIM Clinic itu, pengambilan nutrisi yang mencukupi dan sumber protein berkualiti seperti daging tanpa lemak juga dapat menjauhi kanser berkenaan.
Beliau turut gesa orang lelaki untuk rajin bersenam, tidak merokok dan kurangkan pengambilan alkohol untuk tingkatkan metabolism badan.
Dr. Samhan berkata demikian sempena bulan kesedaran kanser testis, bulan ini.
Untuk ketahui lebih lanjut mengenai kanser testis ini, saksikan video penerangan oleh Dr. Samhan di media sosial Astro Radio News.
Dapatkan berita dan acara setempat dan antarabangsa! Ketahui juga berita hiburan dan gosip terbaru serta jangan ketinggalan mengetahui skor semasa sukan kegemaran anda!
Pastikan anda mendengar Buletin PETRONAS di ERA pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Jumaat
7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm
Sabtu - Ahad
9:00am, 11:00am, 1:00pm
Cuaca