← Back to list
Kerajaan Perpaduan tidak pernah menahan aktiviti kewartawanan
Apr 25, 2024
Kerajaan Perpaduan tidak pernah menahan wartawan atau menutup penerbitan mana-mana akhbar.
Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata, tidak menjadi masalah untuk mengkritik kerajaan, namun perlu membezakan antara kebebasan bersuara dan memfitnah.
Fahmi mengulas laporan Amnesty International yang mendakwa kerajaan gagal memberikan komitmen untuk menambah baik undang-undang yang mengekang kebebasan bersuara dan terus melanggar hak asasi manusia.
.....
Kerajaan salurkan bantuan awal sebanyak 10 ribu ringgit kepada keluarga mangsa yang terkorban dalam nahas helikopter di Pangkalan TLDM Lumut.
Sementara itu, KPT mengecualikan pembayaran yuran pengajian salah seseorang anak mangsa nahas berkenaan sehingga tamat belajar.
.....
Kerajaan Selangor serahkan 4 skuter elektrik kepada pasukan keselamatan KLIA 1 dan 2 untuk tingkatkan keselamatan di semua di pintu masuk utama negara
Ia susulan kejadian tembakan di KLIA 1 minggu lalu.
.....
Sementara itu, suspek kes tembakan itu dijangka didakwa di Mahkamah Sepang, Selangor hari ini.
.....
Dan Kdrama Queen of Tears mengungguli carta TV siri Netflix Malaysia minggu ini.
Dapatkan berita dan acara setempat dan antarabangsa! Ketahui juga berita hiburan dan gosip terbaru serta jangan ketinggalan mengetahui skor semasa sukan kegemaran anda!
Pastikan anda mendengar Buletin PETRONAS di ERA pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Jumaat
7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm
Sabtu - Ahad
9:00am, 11:00am, 1:00pm
Cuaca