← Back to list
Sabah Bakal Miliki Pusat Jantung Negara
Apr 21, 2024
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim - BERNAMA
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim umum peruntukan segera 80 juta ringgit bagi mewujudkan Pusat Jantung Negara Sabah.
Ia sekali gus menjadikan ia pusat rawatan jantung kedua terbesar negara selepas Institut Jantung Negara di Kuala Lumpur.
Difahamkan, Pusat Jantung Negara Sabah itu akan beroperasi di blok khas Kompleks Hospital Besar Kota Kinabalu.
-----
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad - BERNAMA
Ibu bapa dan guru perlu cakna tentang kesihatan anak-anak dan pelajar sebelum mereka menjalankan aktiviti luar bilik darjah ketika musim panas ini.
Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata perkara itu penting bagi mengelakkan anak-anak atau pelajar terdedah kepada sebarang risiko berbahaya.
Terdahulu, seorang pelajar tingkatan dua di Kuala Pilah yang merupakan pesakit jantung berlubang, meninggal dunia ketika menyertai aktiviti merentas desa, kelmarin.
-----
Timbalan Menteri Komunikasi, Teo Nie Ching - BERNAMA
Orang ramai diminta berwaspada dengan taktik terbaharu scammer yang menggunakan nama Kementerian Komunikasi bagi memperdaya mangsa mereka.
Sindiket itu didapati menggunakan maklumat pegawai yang tertera di laman sesawang kementerian seperti jawatan, nama penuh dan nombor telefon.
Setakat ini, pihaknya mendapati dua nama pegawai kementerian telah digunakan bagi tujuan menipu orang ramai.
Dapatkan berita dan acara setempat dan antarabangsa! Ketahui juga berita hiburan dan gosip terbaru serta jangan ketinggalan mengetahui skor semasa sukan kegemaran anda!
Pastikan anda mendengar Buletin PETRONAS di ERA pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Jumaat
7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm
Sabtu - Ahad
9:00am, 11:00am, 1:00pm
Cuaca