← Back to list
Penambahbaikan aspek keselamatan di lapangan terbang akan dibincangkan - Anthony Loke
Apr 16, 2024
Penambahbaikan aspek keselamatan di lapangan terbang akan dibincangkan - Anthony Loke
Belum ada sebarang cadangan untuk memasang alat pengesan logam di semua pintu masuk lapangan terbang.
Menteri Pengangkutan, Anthony Loke berkata sebarang langkah terutamanya dalam mengubah SOP termasuk di KLIA perlu mengambil kira beberapa aspek sebelum dilaksanakan.
Beliau akui keselamatan di lapangan terbang perlu dipertingkat ekoran insiden tembakan Ahad lalu.
Suspek yang direman 7 hari bermula hari ini telah dibawa ke Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor untuk siasatan lanjut.
Polis turut sahkan motif kejadian berpunca daripada masalah peribadi.
----
Kerajaan sasar 10 ribu fasiliti pengecas kenderaan elektrik menjelang 2025
Kerajaan sasarkan sebanyak 10 ribu fasiliti pengecas kenderaan elektrik seluruh negara menjelang 2025.
Menteri Pengangkutan, Anthony Loke berkata untuk mencapai sasaran tersebut kerajaan mengalu-alukan pelaburan daripada pihak swasta.
Jelasnya ia juga sebagai salah satu usaha untuk menggalakkan lebih ramai orang menggunakan kenderaan elektrik bagi mengurangkan pengeluaran karbon di negara ini.
----
Projek lebuh raya baru di Perak akan dilaksanakan
Kerajaan Perak sahkan projek lebuh raya baru yang akan menghubungkan Tanjung Malim dengan Lumut akan dilaksanakan.
Menteri Besarnya berkata projek itu adalah sebagai perancangan jangka masa panjang untuk memudahkan pengangkutan logistik ke Bandar Perindustrian Maritim Lumut.
Dapatkan berita dan acara setempat dan antarabangsa! Ketahui juga berita hiburan dan gosip terbaru serta jangan ketinggalan mengetahui skor semasa sukan kegemaran anda!
Pastikan anda mendengar Buletin PETRONAS di ERA pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Jumaat
7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm
Sabtu - Ahad
9:00am, 11:00am, 1:00pm
Cuaca