← Back to list
Sistem PADU Adalah Percuma
Mar 27, 2024
Sistem PADU Adalah Percuma
Kementerian Ekonomi ingatkan orang ramai bahawa pendaftaran sistem PADU adalah percuma.
Pihaknya berharap agar orang ramai tidak menggunakan khidmat berbayar untuk mendaftar kepada sistem tersebut kerana boleh merisikokan data peribadi.
Tambahnya, mana-mana individu yang perlukan bantuan untuk mendaftar kepada sistem tersebut boleh menghubungi kaunter PADU berhampiran.
__
4 Kawasan Alami Gelombang Haba
Met Malaysia maklumkan 4 kawasan iaitu Perlis, Pokok Sena dan Kota Setar di Kedah serta Hulu Perak alami gelombang haba dengan suhu antara 37 hingga 40 darjah celsius.
Manakala lebih 30 kawasan lain seluruh negara berada pada tahap berjaga-jaga.
__
Astro Gesa Pihak Berkuasa Perkenalkan Akta Baru
Astro gesa pihak berkuasa untuk perkenalkan akta baru untuk menangkis jenayah siber dan cetak rompak digital.
Ia bagi melindungi pekerjaan ribuan rakyat Malaysia dalam bidang tersebut selain meningkatkan perlindungan harta intelek.
Dapatkan berita dan acara setempat dan antarabangsa! Ketahui juga berita hiburan dan gosip terbaru serta jangan ketinggalan mengetahui skor semasa sukan kegemaran anda!
Pastikan anda mendengar Buletin PETRONAS di ERA pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Jumaat
7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm
Sabtu - Ahad
9:00am, 11:00am, 1:00pm
Cuaca