← Back to list
Hormat Titah Sultan Selangor - Anwar Ibrahim
Feb 16, 2024
Kerajaan sambut baik ketegasan Sultan Selangor selaku Pengerusi Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam dalam mempertahankan semangat Perlembagaan negara.
Ujar Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, kerajaan juga senada dengan keperluan menurunkan suhu hangat politik ketika ini.
Ia susulan keputusan Mahkamah Persekutuan yang mengisytiharkan 16 kesalahan dalam Enakmen Kanun Syariah Jenayah Kelantan batal dan tidak sah.
Terdahulu, Sultan Sharafuddin Idris Shah mahu semua pihak hormat keputusan Mahkamah Persekutuan dan kedudukan Perlembagaan Persekutuan sebagai undang-undang utama negara.
Baginda juga menitahkan agar satu jalan dicari untuk atasi permasalahan yang timbul dalam isu berbangkit.
Ia antaranya kaji keperluan untuk mencadangkan pindaan kepada peruntukan tertentu dalam Perlembagaan Persekutuan.
Ia bagi memastikan kuasa Badan Perundangan Negeri gubal undang-undang jenayah syariah termaktub secara jelas dalam Perlembagaan Persekutuan tanpa sebarang kekaburan.
---
Beberapa kes salah laku libat pegawai dan anggota polis mutakhir ini nampaknya tidak jejas minat orang ramai terhadap kerja kepolisan.
Ini kerana lebih 35,000 orang mohon untuk mengisi jawatan inspektor polis pada tahun ini sedangnya cuma ada 340 kekosongan.
Bukit Aman juga memaklumkan, proses pemilihan diperketatkan susulan beberapa kes salah laku babit segelintir anggota polis sebelum ini.
Proses temuduga sudah bermula di seluruh negara bulan lalu dan keputusannya dijangka keluar bulan depan.
---
Mahu raih tontonan tinggi di TikTok dipercayai motif seorang lelaki bakar kereta polis bantuan dan conteng perkataan jelik di hentian bas di Petaling Jaya semalam.
Suspek berusia 25 tahun itu dilapor tiada rekod jenayah namun didapati positif dadah.
Dapatkan berita dan acara setempat dan antarabangsa! Ketahui juga berita hiburan dan gosip terbaru serta jangan ketinggalan mengetahui skor semasa sukan kegemaran anda!
Pastikan anda mendengar Buletin PETRONAS di ERA pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Jumaat
7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm
Sabtu - Ahad
9:00am, 11:00am, 1:00pm
Cuaca