← Back to list
Johor Saran Zon Khas Rumah Urut & Pusat Hiburan
Feb 13, 2024
14 kes kemalangan maut dengan 14 kematian dilaporkan pada hari ke-4 Op Selamat sempena Tahun Baru Cina, semalam.
Menurut Bukit Aman, jalan persekutuan dan jalan negeri catat kes kemalangan maut tertinggi berjumlah 9 kes.
Justeru PDRM menyeru pengguna jalan raya untuk sentiasa berhemah dan fokus kepada pemanduan terutama penunggang motosikal.
Op Selamat yang dilaksanakan sejak Khamis lalu akan tamat hari ini.
Dalam perkembangan berkaitan polis Kemanan, Terengganu pelawa pemilik ‘dashcam’ tampil jadi saksi untuk kes nahas atau samseng jalan raya bagi bantu kelancaran Op Selamat ini.
Terdahulu, pihaknya tahan seorang lelaki kerana memandu secara berbahaya seperti dalam sebuah rakaman video dashcam yang tular.
Sementara itu, polis Johor minta penunggang motosikal yang rempuh kereta dipandu warga asing yang tiba-tiba tukar laluan di Lebuhraya Utara-Selatan dekat Yong Peng semalam tampil buat laporan.
Menurut polis Batu Pahat, ia adalah kes ke-2 libat pemandu warga asing menggunakan laluan kecemasan dalam tempoh kurang seminggu.
Sabtu lalu, seorang pemandu warga asing ditahan akibat pukul seorang lelaki tempatan kerana berang mangsa halang keretanya guna laluan kecemasan.
---
Kerajaan Johor cadang perniagaan spa, refleksologi, urutan dan pusat hiburan termasuk karaoke di negeri itu ditempatkan di zon khas.
Ujar Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan Johor, Datuk Mohd Jafni Md Shukor, ia bagi memudahkan pemantauan dan kawalan dibuat.
Jelas beliau lagi, ada perniagaan berkenaan terlalu hampir dengan penempatan hingga sering dapat rungutan masyarakat yang tidak selesa.
---
Ketua Polis Johor, Komisioner M Kumar sahkan beliau turut terima e-mel mengandungi unsur ancaman bom.
Pihaknya percaya ia dihantar individu sama yang hantar e-mel ancaman bom kepada 3 premis kerajaan di JB semalam dan sedang kenal pasti dalangnya.
Dapatkan berita dan acara setempat dan antarabangsa! Ketahui juga berita hiburan dan gosip terbaru serta jangan ketinggalan mengetahui skor semasa sukan kegemaran anda!
Pastikan anda mendengar Buletin PETRONAS di ERA pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Jumaat
7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm
Sabtu - Ahad
9:00am, 11:00am, 1:00pm
Cuaca