← Back to list
Al-Sultan Abdullah Kembali Ke Pahang
Jan 30, 2024
Rakyat berpeluang sertai acara Lambaian Kasih sempena Istiadat Keberangkatan Balik Yang di-Pertuan Agong ke-16, Al-Sultan Abdullah pagi ini.
Bagi yang hadir, Polis KL minta untuk mematuhi arahan kawalan lalu lintas.
7 laluan di ibu kota terlibat penutupan penuh, manakala 13 jaluan ditutup secara berperingkat.
Laluan yang ditutup sepenuhnya seawal 6 pagi tadi adalah Jalan Parlimen sehingga ke Bulatan Dato Onn.
Al-Sultan Abdullah menamatkan pemerintahan sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-16 hari ini selepas bersemayam di atas takhta kerajaan Malaysia selama 5 tahun.
Sementara itu 5 jalan di ibu kota akan ditutup secara berperingkat esok sempena Istiadat Keberangkatan Tiba Yang di-Pertuan Agong ke-17, Sultan Ibrahim Iskandar.
Antara jalan yang terlibat adalah ialah Jalan Sultan Abdul Halim, Jalan Kuching dan Jalan Tun Razak.
---
Polis sudah merekodkan keterangan lebih 200 orang berkaitan kes bunuh kanak-kanak autistik Allahyarham Zayn Rayyan.
Menurut Bukit Aman, pihaknya, tidak pernah berhenti menyiasat dan akan terus cari petunjuk baru.
---
Bersatu rancang ambil tindakan undang-undang terhadap wakil rakyatnya yang khianat terhadap parti.
Sebelum ini, 6 Ahli Parlimen parti itu mengisytiharkan sokongan terhadap kerajaan.
Dapatkan berita dan acara setempat dan antarabangsa! Ketahui juga berita hiburan dan gosip terbaru serta jangan ketinggalan mengetahui skor semasa sukan kegemaran anda!
Pastikan anda mendengar Buletin PETRONAS di ERA pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Jumaat
7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm
Sabtu - Ahad
9:00am, 11:00am, 1:00pm
Cuaca