← Back to list
Malaysia sokong Afrika Selatan Heret Israel ke ICJ
Jan 17, 2024
Kerajaan belum bincang cadangan RUU penggal tetap Parlimen, bertujuan agar pembentukan
sesebuah kerajaan kekal sehingga akhir penggal atau sebelum PRU.
Ujar Perdana Menteri, perkara itu masih terlalu awal dan ia perlu pandangan pelbagai pihak termasuk
Peguam Negara.
Datuk Seri Anwar Ibrahim juga tegaskan, fokus kerajaan kini adalah untuk banteras rasuah dan
salah guna kuasa termasuk dalam kalangan ahli politik dan VIP.
---
Malaysia sekali lagi ulang sokongan penuh kepada Afrika Selatan yang heret Israel ke
Mahkamah Keadilan Antarabangsa, ICJ atas pembunuhan beramai-ramai rakyat Palestin.
Ujar Perdana Menteri, gelombang penentangan terhadap Israel ketika ini adalah yang terbesar
sejak demonstrasi mega menentang Perang Vietnam serta pencerobohan ke atas Iraq dan
Afghanistan.
Namun Datuk Seri Anwar Ibrahim kesal kerana majoriti pemimpin negara Barat belum ambil pendirian berani dan tegas untuk menyokong Palestin.
Dapatkan berita dan acara setempat dan antarabangsa! Ketahui juga berita hiburan dan gosip terbaru serta jangan ketinggalan mengetahui skor semasa sukan kegemaran anda!
Pastikan anda mendengar Buletin PETRONAS di ERA pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Jumaat
7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm
Sabtu - Ahad
9:00am, 11:00am, 1:00pm
Cuaca