Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

ERA

Muzik Hit Terbaik

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

ERA

Muzik Hit Terbaik

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

ERA

Muzik Hit Terbaik

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

ERA Segmen Terkini

ERA

Muzik Hit Terbaik

← Back to list

Anggota Polis Dan RELA Bantu Mangsa Banjir

Dec 28, 2023


Anggota Polis Dan RELA Bantu Mangsa Banjir

Kira-kira 800 anggota polis dan petugas RELA digerakkan ke kawasan banjir di Kelantan, Terengganu, Pahang dan Sabah.

Menurut Kementerian Dalam Negeri, aset membabitkan bot, lori dan kenderaan pacuan empat roda turut digerakkan ke kawasan terjejas banjir.

Orang ramai dinasihatkan supaya patuh kepada arahan pihak berkuasa bagi melancarkan operasi bantuan dan menyelamatkan mangsa bencana alam itu.

Kelantan kini merekodkan lebih 21,000 mangsa banjir. 

Di Terengganu lebih 6,000 penduduk berlindung di PPS diikuti Pahang dan Johor masing-masing sekitar 100 orang manakala Sabah kira-kira 20 orang. 

 

SAR kanak-kanak lelaki dikhuatiri lemas diteruskan.

Operasi mencari dan menyelamat kanak-kanak lelaki berusia 11 tahun yang dikhuatiri lemas selepas tergelincir ketika bermain air di Sungai Tok Hakim disambung semula pagi ini.

Bomba Kuala Terengganu berkata operasi itu terpaksa ditangguhkan malam tadi kerana keadaan gelap dan pokok di bawah permukaan air terlalu banyak hingga menyukarkan operasi.

Terdahulu, adik mangsa dan seorang lagi mereka yang turut mandi di sungai itu ditemui selamat.

 

Kertas siasatan dibuka berhubung piket solidariti untuk Palestin.

Polis buka kertas siasatan berhubung piket solidariti untuk Palestin berhampiran Kedutaan Amerika Syarikat, di KL.

Ia susulan penganjurannya yang bermula semalam dilakukan tanpa permit.

Sehingga kini polis belum memanggil penganjur piket itu untuk diambil keterangan kerana menunggu perhimpunan aman tersebut selesai Ahad ini.

 


Dapatkan berita dan acara setempat dan antarabangsa! Ketahui juga berita hiburan dan gosip terbaru serta jangan ketinggalan mengetahui skor semasa sukan kegemaran anda!

Pastikan anda mendengar Buletin PETRONAS di ERA pada waktu-waktu berikut:

Isnin - Jumaat

7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm

Sabtu - Ahad

9:00am, 11:00am, 1:00pm

Cuaca