Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

ERA

Muzik Hit Terbaik

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

ERA

Muzik Hit Terbaik

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

ERA

Muzik Hit Terbaik

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

ERA Segmen Terkini

ERA

Muzik Hit Terbaik

← Back to list

Suspek Kes Langgar Calon SPM Didakwa Hari ini

Dec 18, 2023


Pegawai kanan polis yang disyaki langgar seorang murid Tingkatan 5 Jumaat lalu hingga mangsa maut akan dituduh di bawah Seksyen 302, di Mahkamah Ipoh hari ini.  

Jabatan Peguam Negara mendapati terdapat keterangan mencukupi bagi mendakwa suspek atas kesalahan membunuh di bawah seksyen itu.  

Ketua Polis Negara pula sambut baik keputusan Jabatan Peguam Negara untuk menuduh suspek di bawah Seksyen 302. 

Ujar Tan Sri Razarudin Husain, ia menandakan siasatan yang dijalankan PDRM adalah telus. 

Beliau juga memaklumkan tindakan tahan kerja ke atas suspek dilaksanakan sebaik sahaja pertuduhan dibaca hari ini. 

---

Cukai jualan 10 peratus bagi pembelian dalam talian yang bermula 1 Januari nanti hanya terpakai bagi produk yang diimport dan bernilai RM500 ke bawah.  

Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil, ia antaranya bagi memastikan daya saing produk tempatan dapat ditingkatkan. 

Orang ramai boleh rujuk laman web rasmi Jabatan Kastam untuk maklumat terperinci. 

--- 

Kementerian Kerja Raya (KKR) akan memastikan projek Lebuhraya Pan Borneo di Sabah diberi perhatian serius supaya ia dapat disiapkan mengikut jadual yang ditetapkan. 

KKR juga memaklumkan, pembinaan Lebuhraya Pan Borneo di Sarawak sudah selesai pada pertengahan tahun ini dan akan dibuka pada bila-bila masa.  

---  

Kelantan mencatatkan lebih 5,000 banjir dan mereka kini ditempatkan di 16 PPS di Tanah Merah dan Pasir Mas.  

Jumlah mangsa bencana alam itu di Terengganu pula turun kepada sekitar 800, Perak hampir 90 dan Selangor sekitar 40 mangsa. 

---  

Kementerian Pengangkutan bakal perkenal perkhidmatan Van On-Demand di Lembah Klang. 

Ia beri tumpuan kepada kawasan yang kurang dapat akses perkhidmatan bas awam dan konsepnya sama seperti e-hailing.  

---  

Kerajaan Pahang akan mohon agar Tapak Pekan Sehari Temerloh yang berusia kira-kira 150 tahun diangkat sebagai Tapak Warisan Dunia, UNESCO.  

Pekan Sehari itu memegang 2 rekod Malaysia Book of Records iaitu Pasar Pagi Terpanjang dan Bilangan Peniaga Pasar Pagi Terbanyak. 


Dapatkan berita dan acara setempat dan antarabangsa! Ketahui juga berita hiburan dan gosip terbaru serta jangan ketinggalan mengetahui skor semasa sukan kegemaran anda!

Pastikan anda mendengar Buletin PETRONAS di ERA pada waktu-waktu berikut:

Isnin - Jumaat

7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm

Sabtu - Ahad

9:00am, 11:00am, 1:00pm

Cuaca