← Back to list
Bengkel Perlu Papar Nama Mekanik & Sijil Kemahiran
Jul 17, 2023
Bengkel Perlu Papar Nama Mekanik & Sijil Kemahiran
Pengusaha bengkel kini perlu pamer senarai nama mekanik dan sijil kemahiran di tempat yang mudah dilihat oleh pengguna.
Menurut Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, ia bagi membolehkan pengguna dapat maklumat dalam memilih bengkel yang mempunyai mekanik berkelayakan.
Syarat itu adalah antara beberapa penambahbaikan yang terkandung dalam Peraturan-Peraturan Perlindungan Pengguna yang mula berkuat kuasa di seluruh negara pada 1 Julai lepas.
Sumbangan Asas Rahmah, SARA diagihkan hari ini.
Bermula hari ini, lebih 200,000 orang akan terima Sumbangan Asas Rahmah, SARA.
Sumbangan itu bagi membolehkan penerima mendapatkan barangan keperluan makanan asas.
Ia melibatkan penerima Sumbangan Tunai Rahmah, STR yang dikategorikan sebagai miskin tegar berdasarkan data e-Kasih.
Siasatan isu 3R hampir selesai.
Siasatan polis berkaitan isu 3R iaitu agama, kaum dan raja terhadap 3 pemimpin sudah 70 peratus siap.
Ketua Polis Negara memaklumkan, kertas siasatan tersebut akan diserah kepada Peguam Negara minggu ini.
Pemimpin berkenaan adalah Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang; Pengerusi DAP, Lim Guan Eng dan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor.
Dapatkan berita dan acara setempat dan antarabangsa! Ketahui juga berita hiburan dan gosip terbaru serta jangan ketinggalan mengetahui skor semasa sukan kegemaran anda!
Pastikan anda mendengar Buletin PETRONAS di ERA pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Jumaat
7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm
Sabtu - Ahad
9:00am, 11:00am, 1:00pm
Cuaca