← Back to list
Masjid Dan Surau Diminta Buat Solat Hajat
Jun 01, 2023
Masjid dan surau diminta buat solat hajat
Masjid dan surau di bawah kendalian JAKIM diminta laksanakan solat hajat, hari ini.
Jabatan Perdana Menteri berkata solat itu bertujuan untuk memohon kesejahteraan buat negara ekoran cuaca panas.
Malah, pihaknya juga minta masjid dan surau di bawah JAWI turut melaksanakan solat tersebut.
Terdahulu, Met Malaysia memberitahu Malaysia dijangka mengalami cuaca panas dan kering berpanjangan sehingga Ogos, susulan peralihan monsun.
Kerajaan ambil maklum kes Jho Low
Kerajaan ambil maklum mengenai perkembangan ahli perniagaan dalam buruan Jho Low, seperti dilaporkan media.
Bagaimanapun, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, enggan mengesahkan laporan yang mendakwa keberadaan Jho Low.
Tambahnya, KDN akan mengikut langkah sewajarnya dan buat masa ini tiada sebarang jawapan yang boleh diberikan.
Semalam, laporan Al Jazeera memetik SPR sebagai berkata, Jho Low dipercayai bersembunyi di Macau.
Pihak jenama jam LGBT belum beri maklum balas
Kerajaan belum mendapat sebarang maklum balas daripada pihak jenama jam terkenal selepas jam miliknya dirampas di sebuah butik pusat beli belah di KL awal bulan lalu.
KDN berkata jam tersebut dirampas dipercayai ada kaitan dengan Komuniti LGBT.
Selain itu, promosi jam ini banyak dibuat hujung tahun lalu dan ia turut memaparkan model dikeluarkan itu berkait rapat dengan komuniti tersebut serta ditulis dalam laman web mereka.
Dapatkan berita dan acara setempat dan antarabangsa! Ketahui juga berita hiburan dan gosip terbaru serta jangan ketinggalan mengetahui skor semasa sukan kegemaran anda!
Pastikan anda mendengar Buletin PETRONAS di ERA pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Jumaat
7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm
Sabtu - Ahad
9:00am, 11:00am, 1:00pm
Cuaca