← Back to list
Insiden Kebocoran Data Peribadi Pemohon UiTM Disiasat.
May 12, 2023
Insiden Kebocoran Data Peribadi Pemohon UiTM Disiasat.
Jabatan Perlindungan Data Peribadi berkata pihaknya telah menghubungi UiTM bagi mendapatkan maklum balas dan status pemilikan data yang terlibat.
Pihaknya turut bekerjasama dengan CyberSecurity untuk mengenal pasti sama ada terdapat sebarang pelanggaran di bawah Akta Perlindungan Data Peribadi.
UiTM sebelum ini mohon maaf atas kesilapan yang dilakukan hingga berlaku kebocoran data lebih 11,000 pemohon universiti berkenaan.
Tun M Tidak Lagi Bersama GTA.
Tun Dr Mahathir Mohamad umum beliau tidak lagi bersama dengan Gerakan Tanah Air sekaligus tidak memegang apa-apa jawatan dalam gerakan itu.
Beliau berkata keputusan tersebut dibuat selepas menyedari bahawa GTA tidak dapat berfungsi dengan baik dan gagal menarik sokongan pengundi terutama ketika PRU-15, November lepas.
Jelas Tun M, beliau kini bergerak melalui medium Proklamasi Orang Melayu dan tidak terlibat dengan mana-mana parti politik negara ini.
Dapatkan berita dan acara setempat dan antarabangsa! Ketahui juga berita hiburan dan gosip terbaru serta jangan ketinggalan mengetahui skor semasa sukan kegemaran anda!
Pastikan anda mendengar Buletin PETRONAS di ERA pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Jumaat
7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm
Sabtu - Ahad
9:00am, 11:00am, 1:00pm
Cuaca