← Back to list
Tidak Perlu Lanjut Cuti Sekolah Akibat Cuaca Panas - NUTP
Apr 30, 2023
Tiada Keperluan Lanjut Cuti Sekolah Akibat Cuaca Panas - NUTP
Tiada keperluan mendesak untuk memanjangkan tempoh cuti sekolah ekoran cuaca panas yang melanda negara ketika ini.
Jelas Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan Malaysia, NUTP kepada Sinar Harian, sekolah boleh beroperasi seprti yang dijadualkan tetapi tertakluk kepada garis panduan KPM.
Ia katanya termasuk menghentikan semua aktiviti luar jika suhu panas cecah 37 darjah Celsius untuk 3 hari berturut-turut.
Sementara itu, berbeza pula pandangan Majlis Permuafakatan Persatuan Ibu Bapa dan Guru Nasional yang minta KPM melanjutkan cuti persekolahan di kawasan yang dikenal pasti mempunyai suhu panas kritikal.
Terdahulu, Jemaah Menteri dilapor akan berbincang mengenai keperluan untuk melanjutkan cuti sekolah sempena Aidilfitri atau sebaliknya.
la susulan fenomena cuaca panas melampau yang sedang melanda negara ketika ini.
Ibu bapa pantau aktviti anak-anak ketika musim panas – MB Kelantan
Rakyat Kelantan terutamanya ibu bapa diminta supaya waspada dan pantau aktiviti anak-anak pada musim panas melampau ketika ini.
Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob berkata ia bagi elak pertambahan kes dan kematian akibat strok haba di negeri itu.
Terdahulu, KKM sahkan 5 kes penyakit berkaitan cuaca panas dilaporkan.
3 daripadanya di Sarawak manakala 2 lagi dilaporkan di Kelantan dengan satu kes kelesuan haba dan satu kes strok haba yang menyebabkan kematian.
Dapatkan berita dan acara setempat dan antarabangsa! Ketahui juga berita hiburan dan gosip terbaru serta jangan ketinggalan mengetahui skor semasa sukan kegemaran anda!
Pastikan anda mendengar Buletin PETRONAS di ERA pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Jumaat
7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm
Sabtu - Ahad
9:00am, 11:00am, 1:00pm
Cuaca