Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

ERA

Muzik Hit Terbaik

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

ERA

Muzik Hit Terbaik

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

ERA

Muzik Hit Terbaik

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

ERA Segmen Terkini

ERA

Muzik Hit Terbaik

← Back to list

Kes Jangkitan Covid-19 Masih Lagi Terkawal.

Apr 19, 2023


kes jangkitan covid-19 masih lagi terkawal.

Kes Jangkitan Covid-19 Masih Lagi Terkawal.

Rakyat tidak perlu panik ekoran berlakunya sedikit peningkatan kes Covid-19 dalam negara sejak kebelakangan ini.

Jelas Menteri Kesihatan ini kerana kes jangkitan Covid-19 masih lagi terkawal.

Namun, Dr Zaliha Mustafa menasihati orang ramai supaya pakai pelitup muka jika bergejala.

Individu bergejala juga disaran agar lakukan ujian saringan sebelum bertemu keluarga ketika hari raya nanti bagi elak penyebaran virus itu.

 

7 kesalahan tidak boleh dikompaun mula dikuatkuasakan.

7 kesalahan jalan raya yang tidak dibenarkan untuk dikompaun sempena sambutan Aidilfitri tahun ini mula dikuatkuasakan.

Jelas JPJ antara kesalahannya adalah memotong barisan, memotong di garisan berkembar, tidak patuhi isyarat lampu merah dan memandu melebihi had laju.

Turut dikuatkuasakan adalah Perintah Larangan Pemanduan Kenderaan Barangan di jalan raya iaitu pada 20, 21, 24 dan 25 April.

 

Sabah umum Jumaat ini hari kelepasan am tambahan.

Kerajaan Sabah mengumumkan Jumaat ini sebagai hari kelepasan am tambahan di negeri itu tahun ini sempena Aidilfitri.

Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor berkata ia selaras dengan Ordinan Hari Kelepasan Am Sabah.

Terdahulu, Perdana Menteri umum satu hari kelepasan AM tambahan bagi memudahkan orang ramai merancang untuk pulang ke destinasi masing-masing.

Jelas Datuk Seri Anwar Ibrahim, sekiranya raya pada hari Jumaat ini maka Isnin depan mendapat cuti khas sehari.

Namun, jika hari raya pada Sabtu, Jumaat ini dikhaskan sebagai cuti tambahan.

Bagi Sabah dan Sarawak, kerajaan negeri boleh mengisytiharkan hari kelepasan am pada tarikh berkenaan mengikut Ordinan Hari Kelepasan Am masing-masing.

 


Dapatkan berita dan acara setempat dan antarabangsa! Ketahui juga berita hiburan dan gosip terbaru serta jangan ketinggalan mengetahui skor semasa sukan kegemaran anda!

Pastikan anda mendengar Buletin PETRONAS di ERA pada waktu-waktu berikut:

Isnin - Jumaat

7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm

Sabtu - Ahad

9:00am, 11:00am, 1:00pm

Cuaca