← Back to list
Had Pendapatan Untuk Mohon Rumah Mesra Rakyat Dinaikkkan.
Apr 14, 2023
Had Pendapatan Untuk Mohon Rumah Mesra Rakyat Dinaikkkan.
Kerajaan menaikkan had kelayakan pendapatan bulanan isi rumah bagi permohonan Rumah Mesra Rakyat daripada RM3,000 kepada RM5,000.
Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan memaklumkan, ia bagi buka lebih banyak peluang kepada rakyat untuk buat permohonan.
Rumah Mesra Rakyat berharga antara RM55,000 hingga RM75,000 dan subsidinya kekal RM20,000 bagi setiap unit.
JAKIM Nafi Laporan Hasil Cerapan 1 Syawal Tahun Lalu Tidak Sah
JAKIM sangkal laporan menyatakan hasil cerapan 1 Syawal untuk Aidilfitri tahun lalu tidak sah dan terbatal.
Tegasnya, hasil cerapan itu telah ikut prosedur yang ditetapkan Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Malaysia.
Jelasnya lagi, anak bulan dikesan melalui teleskop di Labuan dan imej yang diperolehi telah disemak jawatankuasa berkenaan.
Justeru jabatan itu minta semua pihak berhati-hati mengeluarkan kenyataan berkaitan isu penetapan tarikh 1 Syawal kerana ia boleh menjurus kepada kegusaran awam.
Sementara itu, tarikh melihat anak bulan Syawal bagi tahun ini adalah pada Khamis minggu depan.
Dapatkan berita dan acara setempat dan antarabangsa! Ketahui juga berita hiburan dan gosip terbaru serta jangan ketinggalan mengetahui skor semasa sukan kegemaran anda!
Pastikan anda mendengar Buletin PETRONAS di ERA pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Jumaat
7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm
Sabtu - Ahad
9:00am, 11:00am, 1:00pm
Cuaca