← Back to list
Op Bersepadu Sempena Aidilfitri Pantau 'Hotspot' Nahas
Apr 12, 2023
Op Bersepadu Sempena Aidilfitri Pantau 'Hotspot' Nahas
JPJ akan mengadakan Op Bersepadu sempena Aidilfitri bermula 18 hingga 27 April ini.
Pemantauan juga akan ditingkatkan di lebih 230 lokasi seluruh negara yang dikenal pasti sebagai kawasan kerap berlaku nahas.
Terdahulu, PLUS jangka 2 juta kenderaan akan guna rangkaian lebuh rayanya pada hari-hari menjelang, semasa dan selepas Aidilfitri.
Justeru pihaknya saran orang ramai rancang perjalanan dan pulang ke kampung lebih awal bagi elak terperangkap dalam lonjakan trafik pada hari-hari tersebut.
JAKIM Minta Jawatankuasa Masjid & Surau Pantau Kod QR Sumbangan
JAKIM menyeru ahli jawatankuasa masjid dan surau agar sentiasa pantau kod QR pada kotak derma seliaan mereka.
Ia bagi memastikan sumbangan atau infaq yang diberi orang ramai tidak terlepas kepada pihak tidak bertanggungjawab.
Jabatan tersebut memaklumkan demikian ekoran viral seorang lelaki yang didakwa menyalahgunakan kod QR sumbangan derma masjid, dipercayai berlaku di negara jiran.
Suspek yang sudah diberkas itu dilapor menggantikan kod QR kotak derma masjid dengan kod QR akaun bank peribadi miliknya.
Dapatkan berita dan acara setempat dan antarabangsa! Ketahui juga berita hiburan dan gosip terbaru serta jangan ketinggalan mengetahui skor semasa sukan kegemaran anda!
Pastikan anda mendengar Buletin PETRONAS di ERA pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Jumaat
7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm
Sabtu - Ahad
9:00am, 11:00am, 1:00pm
Cuaca