← Back to list
Penjara & Denda Menanti Pesalah Kes Hendap
Mar 30, 2023
Penjara & Denda Menanti Pesalah Kes Hendap
Hasil satu tinjauan mendapati, perlakuan menghendap di negara ini adalah meluas.
Menurut kerajaan 36 peratus responden mengaku pernah dihendap dan rasa takut, 12 peratus dapat ancaman manakala 17 peratus mangsa mendapat kecederaan.
Justeru tidak hairanlah semalam Dewan Rakyat meluluskan RUU bagi menjadikan perbuatan menghendap sebagai satu kesalahan!
Pesalah kes hendap secara fizikal mahupun maya bakal berdepan hukuman penjara maksimum 3 tahun atau denda atau kedua-duanya.
Ketua Menteri Melaka Letak Jawatan
Timbalan Perdana Menteri sahkan Datuk Seri Sulaiman Md Ali telah melepaskan jawatan Ketua Menteri Melaka.
Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi juga memaklumkan, beliau akan menghadap Yang Dipertua Negeri untuk mempersembah nama calon Ketua Menteri baru.
'Love Scam' Jerat Ramai Wanita
Jenayah penipuan cinta atau 'Love Scam' antara kes penipuan tertinggi di negara ini.
Menurut Bukit Aman, ia mengakibatkan kerugian RM365 juta sejak 2018 dan lebih 82 peratus mangsa adalah wanita.
Dapatkan berita dan acara setempat dan antarabangsa! Ketahui juga berita hiburan dan gosip terbaru serta jangan ketinggalan mengetahui skor semasa sukan kegemaran anda!
Pastikan anda mendengar Buletin PETRONAS di ERA pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Jumaat
7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm
Sabtu - Ahad
9:00am, 11:00am, 1:00pm
Cuaca