← Back to list
Pembukaan Sesi Persekolahan Akan Kembali ke Asal
Mar 29, 2023
Pembukaan Sesi Persekolahan Akan Kembali ke Asal
Kementerian Pendidikan secara prinsipnya bersetuju mengembalikan semula pembukaan sesi persekolahan kepada Januari.
Namun jelas Menterinya, Fadhlina Sidek, ia tidak akan dilaksanakan dalam masa terdekat kerana perlu ambil kira beberapa faktor termasuk pematuhan kepada Akta Pendidikan.
Dalam satu lagi perkembangan, beliau memaklumkan KPM tiada rancangan untuk mewajibkan pendidikan Tingkatan 6.
Ini kerana ia akan beri kesan kepada kemasukan pelajar ke program matrikulasi dan IPT.
31,000 Telah Dapat Kad Sim RM5
Lebih 31,000 rakyat Malaysia telah beli kad sim berharga RM5 sebulan yang ditawarkan melalui Pakej Perpaduan Prabayar Internet Mudah Alih.
Kementerian Komunikasi dan Digital memaklumkan pakej yang dilancarkan bulan lepas itu bertujuan memudahkan golongan rentan dapat akses internet sekaligus merapatkan jurang digital antara rakyat Malaysia.
Ia melibatkan kumpulan B40, veteran, OKU dan warga emas.
Selesai Segera Bantuan Kepada Mangsa Banjir Yang Nama Tercicir
Kerajaan mengarahkan NADMA selesai segera bantuan kepada mangsa banjir yang nama mereka dilapor tercicir sebagai penerima Bantuan Wang Ihsan.
Terdahulu sejumlah mangsa banjir di Kuala Nerus, Terengganu dilapor kecewa apabila nama mereka tiada dalam senarai penerima bantuan itu.
Dapatkan berita dan acara setempat dan antarabangsa! Ketahui juga berita hiburan dan gosip terbaru serta jangan ketinggalan mengetahui skor semasa sukan kegemaran anda!
Pastikan anda mendengar Buletin PETRONAS di ERA pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Jumaat
7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm
Sabtu - Ahad
9:00am, 11:00am, 1:00pm
Cuaca