Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

ERA

Muzik Hit Terbaik

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

ERA

Muzik Hit Terbaik

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

ERA

Muzik Hit Terbaik

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

ERA Segmen Terkini

ERA

Muzik Hit Terbaik

← Back to list

Cuaca Lebih Kering Ramadan Nanti

Mar 19, 2023


cuaca lebih kering ramadan nanti

Cuaca Lebih Kering Ramadan Nanti 

Malaysia dijangka mengalami cuaca lebih kering Ramadan nanti! 

Penyelidik Meteorologi daripada UMT memaklumkan Sinar Harian, pihaknya juga ramal hujan kerap berlaku pada sebelah petang ketika bulan puasa nanti. 

Justeru orang ramai yang ingin mengunjungi bazar Ramadan bagi beli juadah berbuka puasa dinasihatkan supaya pantau keadaan cuaca dan menyediakan payung.


Johor Usaha Atasi Banjir Termenung

Kerajaan Johor meningkatkan usaha bagi memastikan masalah banjir termenung khususnya di Batu Pahat dapat diselesaikan sebelum ketibaan Ramadan beberapa hari lagi.

Sehubungan dengan itu, kerajaan negeri telah mengarahkan beberapa pam air bergerak dihantar ke daerah berkenaan bagi mengepam keluar air. 

Masih terdapat lebih 17,000 mangsa banjir di Johor manakala di Sarawak hampir 250 penduduk berlindung di PPS. 


Baucer Barangan Elektrik Untuk Mangsa Banjir B40

Kerajaan mengumumkan agihan baucar barangan elektrik RM300 untuk mangsa banjir di Johor dan Pahang.

Ia melibatkan lebih 1,000 mangsa bencana itu daripada kumpulan B40 dan dilaksanakan di bawah  inisiatif Payung Rahmah.  

 

Sila Kemas Kini Permohonan STR

LHDN minta pemohon Sumbangan Tunai Rahmah, STR mengemas kini permohonan bagi memastikan data kekal relevan pada tahun ini. 

Penerima yang tidak mengemas kini permohonan 3 tahun berturut-turut sepanjang pelaksanaan Bantuan Sara Hidup 2020, Bantuan Prihatin Rakyat 2021 dan Bantuan Keluarga Malaysia 2022 perlu berbuat demikian.


Dapatkan berita dan acara setempat dan antarabangsa! Ketahui juga berita hiburan dan gosip terbaru serta jangan ketinggalan mengetahui skor semasa sukan kegemaran anda!

Pastikan anda mendengar Buletin PETRONAS di ERA pada waktu-waktu berikut:

Isnin - Jumaat

7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm

Sabtu - Ahad

9:00am, 11:00am, 1:00pm

Cuaca