← Back to list
KBS Anjur Kelas Renang Untuk Kanak-Kanak
Mar 15, 2023
KBS Anjur Kelas Renang Untuk Kanak-Kanak
Kementerian Belia dan Sukan (KBS) akan anjur kelas renang kanak-kanak yang bersifat pendidikan sukan di beberapa negeri terpilih.
Program itu dijangka dilancarkan bulan ini yang akan beri faedah kepada kanak-kanak berumur 3 hingga 12 tahun daripada keluarga B40.
Fokus diberikan kepada negeri-negeri yang catat kematian tinggi akibat kes lemas termasuk semasa musim cuti sekolah.
Banjir: Johor Rugi Jutaan Ringgit
Johor dianggar alami kerugian RM168 juta akibat kerosakan beberapa jalan dan infrastruktur ekoran banjir besar baru-baru ini.
Menurut kerajaan negeri, anggaran awal itu dinilai oleh JKR setakat minggu lalu selepas mendapat akses ke beberapa kawasan terjejas.
Kerajaan negeri sudah buat permohonan untuk peruntukan membaik pulih kerosakan berkenaan daripada kerajaan pusat.
Sementara itu, lebih 36,000 mangsa banjir di Johor masih berlindung di PPS dengan majoritinya di Batu Pahat.
Dapatkan berita dan acara setempat dan antarabangsa! Ketahui juga berita hiburan dan gosip terbaru serta jangan ketinggalan mengetahui skor semasa sukan kegemaran anda!
Pastikan anda mendengar Buletin PETRONAS di ERA pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Jumaat
7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm
Sabtu - Ahad
9:00am, 11:00am, 1:00pm
Cuaca