← Back to list
Banjir: Bank Setuju Beri Moratorium
Mar 08, 2023
Banjir: Bank Setuju Beri Moratorium
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan 3 bank telah bersetuju beri moratorium sehingga 6 bulan kepada mangsa banjir di Johor.
Baru-baru ini, kerajaan Johor merayu moratorium antara 3 hingga 6 bulan diberi kepada mangsa banjir di negeri itu bagi meringankan beban mereka.
Sementara itu Ahli Persatuan Insurans Am Malaysia bersedia membantu dan mempercepatkan proses tuntutan oleh pemegang polisi yang terkesan dengan bencana banjir.
Dalam pada itu MetMalaysia ramal hujan lebat dan ribut petir melanda pedalaman dan barat Semenanjung pada sebelah petang dan malam sehingga hujung minggu ini.
Ketika ini kira-kira 42,000 mangsa banjir di Johor, Pahang dan Melaka berlindung di PPS.
Kerajaan Cari Jalan Elak Rakyat Hijrah
Kementerian Sumber Manusia sedang merangka langkah untuk hadapi fenomena penghijrahan keluar rakyat Malaysia yang berpelajaran tinggi untuk cari peluang kerja lebih baik.
Kerajaan turut memaklumkan lebih 1.8 juta rakyat Malaysia kini menetap di luar negara dengan lebih sejuta daripada jumlah itu menetap di Singapura.
Dapatkan berita dan acara setempat dan antarabangsa! Ketahui juga berita hiburan dan gosip terbaru serta jangan ketinggalan mengetahui skor semasa sukan kegemaran anda!
Pastikan anda mendengar Buletin PETRONAS di ERA pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Jumaat
7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm
Sabtu - Ahad
9:00am, 11:00am, 1:00pm
Cuaca