← Back to list
HFMD : Jumpa Doktor Untuk Dapatkan Rawatan.
May 23, 2022
Kaedah rawatan alternatif seperti guna serbuk kunyit atau daun semambu bagi merawat penyakit HFMD adalah tidak digalakkan.
Sebaliknya, Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Dr Noor Azmi Ghazali minta orang ramai berjumpa doktor jika mempunyai simptom jangkitan penyakit tersebut.
Pihaknya bimbang akan gejala dehidrasi jika pesakit HFMD tidak minum air secukupnya menyebabkan mereka perlu dapatkan rawatan di hospital.
Kerajaan akan keluarkan garis panduan penggunaan kenderaan mikro mobiliti
Garis panduan berhubung penggunaan kenderaan mikro mobiliti di negara ini akan dilkeluarkan dalam masa terdekat.
Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong berkata pihaknya juga sedang memperhalusi beberapa dasar bagi memastikan kenderaan itu dikawal penggunaannya.
Bulan lalu, Kementerian Pengangkutan larang penggunaan beberapa jenis kenderaan termasuk Moped dan skuter elektrik di atas jalan raya berkuat kuasa serta-merta.
Syarikat e-hailing akan dipanggil jika harga perkhidmatan itu naik.
Kementerian Pengangkutan akan panggil syarikat e-hailing jika berlaku kenaikan harga hingga membebankan orang ramai.
Menterinya, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong berkata ia perlu dilakukan bagi memastikan tiada pihak yang cuba mengambil kesempatan untuk mencari keuntungan.
Sementara itu, Persatuan Kebajikan Pekerja Industri e- Hailing Malaysia berpendapat, kenaikan harga perkhidmatan itu antaranya disebabkan permintaan yang tinggi dalam kalangan pengguna.
Jelasnya kepada NST, ia mengambil kira musim perayaan Aidilfitri dan fasa peralihan ke endemik ketika ini.
Dapatkan berita dan acara setempat dan antarabangsa! Ketahui juga berita hiburan dan gosip terbaru serta jangan ketinggalan mengetahui skor semasa sukan kegemaran anda!
Pastikan anda mendengar Buletin PETRONAS di ERA pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Jumaat
7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm
Sabtu - Ahad
9:00am, 11:00am, 1:00pm
Cuaca