← Back to list
SOP PRN Sarawak Akan Dimuktamadkan Selasa Depan.
Nov 26, 2021
SOP PRN Sarawak Akan Dimuktamadkan Selasa Depan.
SOP pencegahan Covid-19 bagi PRN Sarawak akan dimuktamadkan Selasa depan.
Menteri Kesihatan berkata perbincangan telah diadakan dengan Setiausaha Kerajaan Negeri Sarawak berhubung pelaksanaan SOP tersebut.
PRN Sarawak akan diadakan pada 18 Disember depan.
Penamaan calon pula berlangsung pada 6 Disember dan pengundian awal 14 Disember.
Dakwaan harga sayur naik 200 peratus tidak benar.
Dakwaan sesetengah pihak kononnya harga sayur naik hingga 200 peratus adalah tidak benar.
Jelas Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, memang berlaku kenaikan harga sayur, namun tidak setinggi seperti yang didakwa.
Orang ramai diminta untuk melaporkan di portal e-Aduan kementerian jika berlakunya sebarang kenaikan harga barang mendadak agar pemantauan dapat dilakukan.
Pihaknya dalam pada itu sedang siasat isu harga roti satu jenama yang dikatakan akan naik mulai 1 Disember ini.
Tiada sekolah tahfiz dan sekolah pondok diarah ditutup susulan pandemik COVID-19.
Pihak berkuasa agama Kerajaan Negeri tidak mengarahkan sekolah tahfiz dan sekolah pondok berdaftar ditutup susulan pandemik COVID-19.
Namun menurut Menteri Hal Ehwal Agama, terdapat institusi tahfiz swasta yang ditutup sementara untuk putuskan rantaian jangkitan wabak itu.
Dalam perkembangan lain, kerajaan sediakan peruntukan 100 juta ringgit bagi kerja-kerja menyelenggara dan naik taraf pusat tahfiz terlibat.
Dapatkan berita dan acara setempat dan antarabangsa! Ketahui juga berita hiburan dan gosip terbaru serta jangan ketinggalan mengetahui skor semasa sukan kegemaran anda!
Pastikan anda mendengar Buletin PETRONAS di ERA pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Jumaat
7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm
Sabtu - Ahad
9:00am, 11:00am, 1:00pm
Cuaca