← Back to list
Terus Patuh SOP - KJ
Nov 07, 2021
Terus patuh SOP- KJ
Kementerian Kesihatan akan tekankan beberapa aspek dalam usaha mengurangkan jumlah kes COVID-19 di Kelantan.
Menterinya, Khairy Jamaluddin berkata ia termasuk meningkatkan saringan kontak rapat dan suntikan vaksin.
Jelasnya punca Kelantan merekodkan kes positif yang tinggi adalah kerana kurangnya pematuhan SOP selain tidak melaporkan keputusan ujian kendiri.
Dalam pada itu, Malaysia mencecah lebih 2.5 juta kes positif COVID-19 selepas merekodkan kira-kira 4,700 kes semalam.
Kira-kira 850 mangsa banjir masih ditempatkan di 12 pusat pemindahan di Kedah.
Dewan Kompleks Rakan Sukan Tanah Merah di Pendang menempatkan jumlah paling ramai
mangsa dengan 200 orang.
Manakala di Perak, seramai 73 mangsa banjir ditempatkan di sebuah pusat pemindahan di
Manjung.
PN letakkan calon pada kesemua kerusi PRN Melaka.
PRN Melaka mungkin bakal menyaksikan pertarungan sekurang-kurangnya 3 penjuru untuk kesemua 28 kerusi yang dipertandingkan.
Ia ekoran Perikatan Nasional mengesahkan akan meletakkan calon pada kesemua kerusi.
Terdahulu, Barisan Nasional turut mengumumkan perkara sama dan meletakkan calon pada kesemua kerusi DUN Melaka.
Esok merupakan hari penamaan calon bagi PRN Melaka.
Dapatkan berita dan acara setempat dan antarabangsa! Ketahui juga berita hiburan dan gosip terbaru serta jangan ketinggalan mengetahui skor semasa sukan kegemaran anda!
Pastikan anda mendengar Buletin PETRONAS di ERA pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Jumaat
7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm
Sabtu - Ahad
9:00am, 11:00am, 1:00pm
Cuaca