← Back to list
Dos Penggalak Penerima Vaksin Sinovac Bermula.
Oct 22, 2021
Dos Penggalak Penerima Vaksin Sinovac Bermula
Pemberian dos penggalak untuk penerima vaksin COVID-19 jenis Sinovac bermula hari ini.
Menurut Menteri Kesihatan, individu yang layak akan dimaklumkan menerusi aplikasi MySejahtera.
Jelas Khairy Jamaluddin, buat permulaan ia diberi kepada individu berusia 60 tahun ke atas berdasarkan saranan WHO.
Terus Memujuk
Pendekatan memujuk akan terus dilakukan ke atas kumpulan yang enggan terima vaksin COVID-19.
Namun menurut Menteri Kesihatan, golongan itu dikategorikan sebagai kecil kerana hampir 95 peratus penduduk dewasa di Malaysia telah lengkap divaksin.
Khairy Jamaluddin juga berkata Kementerian Kesihatan (KKM) ketika ini ambil pendekatan melarang kebebasan tertentu yang dinikmati individu yang lengkap divaksin kepada kumpulan antivaksin.
KKM turut menggalakkan sekatan di peringkat sektor sebelum pendekatan lebih menyeluruh diambil termasuk daripada aspek undang-undang.
Kelantan Guna Dron
Kerajaan Kelantan kini guna dron bagi pantau dan banteras kegiatan pembalakan haram lebih-lebih lagi pada musim tengkujuh.
Kerajaan negeri juga memaklumkan, kebiasaanya bermula Oktober, aktiviti pembalakan berlesen dihentikan sementara.
Mengulas persediaan banjir pula, Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Kelantan belum bersidang sepenuhnya.
Namun laporan mesyuarat setakat ini memaklumkan semua sedang membuat persiapan rapi bagi hadapi musim tengkujuh.
Sementara itu, lebih 1,000 mangsa banjir kini berlindung di pusat pemindahan di Melaka, Negeri Sembilan, Perak dan Selangor.
Dapatkan berita dan acara setempat dan antarabangsa! Ketahui juga berita hiburan dan gosip terbaru serta jangan ketinggalan mengetahui skor semasa sukan kegemaran anda!
Pastikan anda mendengar Buletin PETRONAS di ERA pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Jumaat
7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm
Sabtu - Ahad
9:00am, 11:00am, 1:00pm
Cuaca