← Back to list
Pandemik COVID-19 Di Malaysia Semakin Reda.
Oct 20, 2021
Pandemik COVID-19 Di Malaysia Semakin Reda.
Negara terus pulih daripada pendemik COVID-19!
Buktinya, jangkitan harian, jumlah kematian, kapasiti penggunaan katil COVID-19 di hospital dan ICU menunjukkan trend penurunan.
Menurut Kementerian Kesihatan, ia selari dengan peningkatan liputan vaksinasi di negara ini.
Perkembangan positif itu juga menjadikan pembukaan semula pelbagai sektor lebih meyakinkan.
Orang ramai bagaimanapun diingatkan supaya terus amalkan tindakan kesihatan awam kendiri dengan penuh disiplin bagi melindungi diri dan masyarakat sekeliling.
Lebih sejuta remaja telah lengkap divaksin.
33 peratus atau lebih 1 juta populasi remaja di negara ini sudah lengkap divaksin.
Manakala kira-kira 2.4 juta golongan berkenaan sudah menerima satu dos vaksin Covid-19.
Kadar vaksinasi lengkap penduduk dewasa di negara ini pula cecah 94 peratus.
Hanya Sabah dan Kelantan masih merekodkan kadar vaksinasi penduduk dewasa di bawah 80 peratus.
Sistem persaraan Malaysia ke-3 terbaik di Asia.
Sistem persaraan Malaysia diiktiraf ke-3 terbaik di Asia dan ke-23 di peringkat global!
Ia diukur menerusi indeks persaraan global tahunan yang menilai 3 aspek utama iaitu kecukupan, kelestarian dan integriti.
Menariknya, skor yang dicatatkan Malaysia lebih tinggi berbanding purata negara Asia dalam setiap aspek - malah mengatasi Jepun dan Korea Selatan!
Namun, penarafan Malaysia turun sedikit - menggambarkan sistem persaraan negara mempunyai fungsi yang bagus namun ada beberapa kelemahan perlu diatasi.
Dapatkan berita dan acara setempat dan antarabangsa! Ketahui juga berita hiburan dan gosip terbaru serta jangan ketinggalan mengetahui skor semasa sukan kegemaran anda!
Pastikan anda mendengar Buletin PETRONAS di ERA pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Jumaat
7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm
Sabtu - Ahad
9:00am, 11:00am, 1:00pm
Cuaca