← Back to list
Pusat Penilaian COVID-19, CAC Sedang Dinaik Taraf.
Oct 15, 2021
Pusat Penilaian COVID-19, CAC Sedang Dinaik Taraf.
Pusat Penilaian COVID-19, CAC sedang dinaik taraf sebagai persediaan memasuki fasa endemik.
Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, ia bagi memperluas kebolehcapaian CAC kepada lebih ramai pesakit COVID-19 dan individu yang disyaki dijangkiti virus itu.
Antara inisiatif yang dilaksanakan adalah penambahbaikan penilaian kes COVID-19 di fasiliti Kesihatan Primer dan perluasan CAC Maya ke seluruh negara.
Ada berita baik mengenai kenaikan gaji minimum dalam waktu terdekat.
Menurut Menteri Sumber Manusia, pihaknya memahami kesukaran yang dihadapi pekerja untuk mendapatkan gaji yang tinggi.
Datuk Seri M Saravanan beri jaminan kebajikan pekerja akan sentiasa dilindungi.
Kerajaan lancar Pakej Remaja Keluarga Malaysia dan Pakej Peranti Keluarga Malaysia.
Pakej Remaja Keluarga Malaysia dan Pakej Peranti Keluarga Malaysia telah dilancarkan.
Ia bagi membantu golongan kurang berkemampuan memiliki peranti dan akses internet.
6 syarikat telekomunikasi akan menawarkan pakej itu untuk tempoh 6 bulan bermula hari ini.
Dapatkan berita dan acara setempat dan antarabangsa! Ketahui juga berita hiburan dan gosip terbaru serta jangan ketinggalan mengetahui skor semasa sukan kegemaran anda!
Pastikan anda mendengar Buletin PETRONAS di ERA pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Jumaat
7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm
Sabtu - Ahad
9:00am, 11:00am, 1:00pm
Cuaca